Friday, 1 February 2013

Minggu Lima

Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu


  Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini
   boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.

Sinopsis


Kandungan tajuk ini memberi panduan kepada para pelajar mengetahui prosedur, membina dan menggunakan Tapak Pembelajaran dan Laman Sesawang bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

  • Hasil Pembelajaran
  • Membuat refleksi dan penilaian dalam membina tapak dan laman web.
  • Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran untuk membina laman dan tapak.

Komponen Pembelajaran


Membina dan menggunakan Tapak Pembelajaran, 

Laman WEB Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam P&P Bahasa Melayu. Menurut Rosiadi. Et. all ( 2004 ) perkembangan teknologi dan ICT telah meningkatkan penggunaan internet di Malaysia termasuklah penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat beberapa cadangan am dan pecahan di dalamnya. Antaranya ialah:





Penghasilan bahan pengajaran yang baik dan berkesan


Penilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran. Dalam proses penilaian bahan pengajaran
dan pembelajaran yang berasaskan web beberapa faktor perlu dipertimbangkan.

Menurut Rosiadi et.all. ( 2004 ) terdapat beberapa soalan yang perlu diberikan
perhatian dan penekanan dalam penilaian bahan Pembelajaran Berasaskan Web
iaitu:
i. Adakah mematuhi ciri-ciri bahan pembelajaran berbantukan komputer?
ii. Adakah “screen design issues” telah diambil kira?
iii. Adakah kaedah penyampaian bahan Pembelajaran Berasaskan Web berkesan?


Bagi menjawab persoalan ( i) adalah perlu untuk kita mengetahui ciri- ciri pembelajaran berbantukan komputer. Antaranya adalah :



Asas Pembinaan Tapak Pembelajaran


Untuk membangunkan satu program multimedia yang baik, kita mestilah mengikuti beberapa prinsip reka bantuk skrin seperti:





Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.


Tapak Pembelajaran boleh diwujudkan sama ada melalui perisisan Microsoft PowerPoint dengan capaian hyperlink atau melalui laman web atau blog secara capaian on-line internet.Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Sebagai panduan umum, tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah di bawah.





Minggu Empat


Pemilihan bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu


Pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga iaitu :







Pengenalan


Memandangkan internet mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.


Kemahiran dalam Bahasa Melayu


Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.


I.Kemahiran berbahasa

II.Kemahiran Bernilai Tambah
III.Kemahiran TMK
IV.Kemahiran Berfikir
V.Kemahiran masa Depan
VI.Kemahiran Kontekstual
VII.Kemahiran Belajar Cara Belajar


Faktor pemilihan bahan di internet


i. Sumber

• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak

ii. Bebas

• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet

iii. Kesahan

• Bahan tidak memerlukan pengesahan



Kepentingan selepas memilih bahan internet


Selepas memilih bahan di internet, guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.


i. URL 

• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkansumber rujukan bahan.

ii. Isi 

• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.

iii. Semak 

• Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.


Memilih bahan sastera


Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.


Jenis -jenis bahan sastera ialah :












Memilih bahan tatabahasa


Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.

Jenis-jenis bahan tatabahasa


Senarai dibawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa

i. Kata Nama
ii. Kata Kerja
iii. Kata Tugas
iv. Kata Sendi Nama
v. Peribahasa
vi. Simpulan Bahasa





Memilih bahan bidang ilmu lain

Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.


Jenis bidang ilmu lain

I.Ilmu Agama
II.Ilmu Sains
III.Ilmu Matematik
IV.Ilmu Sejarah
V.Ilmu Kajian Geografi
VI.Ilmu Semasa