Saturday, 19 January 2013

Minggu 3



Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet



ETIKA KOMPUTER


  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat


MASALAH MORAL DAN ETIKA


Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:


  1. Penggertak
  2. Penyalahgunaan internet
  3. Virus
  4. Hak cipta
  5. Perisian cetak Rompak


Penggertak:



  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan


Penyalahgunaan internet :



  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.


Virus:



  • Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
  • Hak cipta terpelihara
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu


Perisian cetak rompak:



  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual



PRINSIP ETIKA KOMPUTER


• Keseimbangan
• keizinan temaklum
• keadilan
• Meminimum-kan risiko


PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT :


1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.




CARA MEMBUAT BROSUR DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER



Mulakan dengan membuka perisisan Microsoft Publisher






Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.




Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur). Contoh design yang dipilih ialah Trendy Eclectic Design





Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat



    Setelah itu masukkan butiran seperti:

    • Tajuk program yang  Setelah itu masukkan butiran seperti: akan diadakan
    • Nama penaja
    • Tarikh dan hari program akan diadakan
    • Aktiviti yang akan dijalankan
    • Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan

          
          Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda


    Contoh brosur yang telah dihasilkan: 






Brosur di atas bertajuk garis panduan dan etika penggunaan internet untuk pelajar sekolah. Brosur tersebut boleh digunakan sebagai rujukan pelajar dan guru semasa menggunakan internet yang disediakan oleh pihak sekolah.

Minggu 2


Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.


  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik, dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.


Definisi bahan audio, video, grafik, dan teks.

i. Audio

Kesan audio atau bunyi merupakan salah satudaya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain itu,audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian suasana yang lebih menarik dan akanmenghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.


ii. Video

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media ( seperti teks, grafik, audio dan sebagainya) di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan atau emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

iii. Grafik

Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

iv. Teks

teks merupakan salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.




Apa itu ‘Enjin Pencari’
  • Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • ‘Enjin Pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
  • Kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang kita dapatkan.

Tujuan dan Jenis Enjin Pencari

Tujuan (konteks pendidikan)
  • Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
  • Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.

Jenis ‘enjin pencari’

Dimanakah enjin pencari boleh didapati?

Sedar atau tidak kita seringkali menggunakan enjin pencari untuk dapatkan maklumat.
Tempat yang selalu kita dapat lihat:

  • Internet



  • Komputer atau laptop (intranet)




  • Halaman dalam Microsoft Office Word




  • Halaman dalam internet



Cara mengkategorikan maklumat
  • Video
  • Gambar
  • Ruangan
  • Lagu
  • Multi
  • Permainan
  • Perniagaan

Bagaimana mendapatkan maklumat di internet?
  1. Mengenalpasti tajuk.
  2. Memilih kata kunci mengenai tajuk / bahan yang ingin dicari.
  3. Memilih enjin pencarian yang tepat.
  4. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
  5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.


1. Muat turun seperti biasa




2. Pengkategorian bahan berdasarkan kemahiran bahasa